Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah Tampilkan Calon Berwibawa

1665
SHARE

Oleh: NUSAIBAH IBRAHIM

Kuala Lumpur, 19 April 2018: Berakhirnya majlis pengisytiharan calon yang berlangsung malam tadi, maka terjawablah segala teka-teki siapakah calon-calon PAS Wilayah Persekutuan yang akan bertanding pada pilihan raya ke 14.

Majlis yang berlangsung di Dewan KUIZM semalam telah menampilkan sebanyak 9 orang calon PAS Wilayah Persekutuan daripada pelbagai latar belakang.

Bicara sumbang menyatakan PAS parti milik Pak Lebai ternyata meleset apabila seramai 6 orang calon PAS Wilayah Persekutuan berlatar belakang profesional, manakala 3 orang berbaki merupakan agamawan.

Amat mengagumkan apabila semua calon tersebut merupakan lulusan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana bahkan ijazah doktor falsafah.

Ini membuktikan calon-calon yang diangkat oleh PAS sememangnya layak untuk mengemudi parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohd Noor Mohammad bahawa PAS benar-benar serius menawarkan kesejahteraan dalam negara Malaysia.

Ancaman rompak, rogol, culik dan sebagainya wajar diatasi oleh pihak yang memerintah demi kesejahteraan keluarga, generasi dan negara.

Beliau yang juga merupakan calon PAS di P119 turut menzahirkan keyakinan terhadap calon-calon PAS yang lain untuk menggalas amanah rakyat apabila diberi mandat kelak.

Calon-calon PAS Wilayah Persekutuan kelihatan bersemangat penuh tekad apabila melafazkan baiah kepada Allah sambil disaksikan oleh semua hadirin.

CALON-CALON PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

P115 Batu: Ustaz Azhar Yahya
P116 Wangsa Maju: Haji Razali Tumirin
P117 Segambut: Ustaz Mohd Solleh Ab Razak
P118 Setiawangsa: Ustaz Ubaid Haji Abd Akla
P119 Titiwangsa: Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad
P121 Lembah Pantai: LAr. Fauzi Abu Bakar
P124 Bandar Tun Razak: Dr Rosni Adam
P125 PUTRAJAYA: Tuan Haji Zainal Kidam
P166 Labuan: Tuan Haji Ahmad Junid @Junit Mohd Aling @Aling