Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Sinar PAS di Ziarah Mega 4.0

1115
SHARE

LEMBAH PANTAI, 9 Disember – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) peringkat Wilayah Persekutuan terus bergerak aktif mendekati masyarakat di samping menyedarkan mereka tanggungjawab membuang undi selaku warga Malaysia.

Terbaru, Lembah Pantai meneruskan kesinambungan ziarah mega bagi siri 4.0 bertempat di PPR Kerinchi yang turut menghimpunkan tenaga kerja penuh komited dari kawasan sekitar seperti Batu, Setiawangsa, Bukit Bintang dan lain-lain.

 

Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Saudara Kamzuri selaku pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) serta taklimat perjalanan program oleh Pn. Salmah.

Seterusnya para petugas menuju ke blok perumahan dan menyantuni penghuni di sana serta mendengar permasalahan yang diutarakan.

“Saya mengharapkan agar PAS boleh membawa dan membela suara rakyat yang kian dihimpit pelbagai masalah terutama melibatkan ekonomi”, demikian antara luahan penduduk yang disuarakan ketika ziarah berlangsung.

Program ini turut menyelami nasib penduduk yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun permohonan bantuan telah banyak kali dilakukan.

“Kita melihat keadaan masyarakat yang tersepit di celah-celah pembangunan mega yang sedang giat berjalan. Di manakah slogan rakyat didahulukan yang sering dilaungkan kerajaan?,” ujar Tuan Haji Fauzi selaku wakil pimpinan PAS yang berkesempatan turun padang bersama-sama jentera.

Terdahulu, program ziarah mega telah dilaksanakan di kawasan Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Aktiviti ini berakhir sekitar jam 1 tengahari dan mendapat respon positif dari para penduduk.