Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Siap Sedia Hadapi Pru 14

680
SHARE

Lembah Pantai, 18 November 2017 –PAS Lembah Pantai terus memperkukuh jentera dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sehubungan itu, gerak gempur pilihanraya dirancakkan dengan mengadakan aktiviti ziarah dan cula para pengundi di Kampung Pasir.

Program dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Dr Salmah Abd Rahman serta pembahagian kumpulan.

Seterusnya, rombongan mula bergerak mendekati pengundi serta mendengar pandangan dan luahan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan, Saudara Kamzuri turut turun padang bersama jentera beramah mesra dengan para penduduk.

“Kita berusaha merancang dan bergerak secara serius bagi memastikan agar para pengundi khususnya pengundi P121 Parlimen Lembah Pantai memberikan undi kepada pihak yang betul,” ujar beliau.

Bahang pilihanraya yang kian terasa memperlihatkan gendang mula dimainkan oleh semua parti.