Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Selamat Menyambut Hari Pekerja

1043
SHARE

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Percambahan ekonomi di negara kita dirancakkan oleh pelbagai sektor, baik pertanian, perkhidmatan dan lain-lain.

Semua sektor ini tidak kira kerajaan atau swasta pastinya digerakkan oleh pekerja-pekerja di setiap peringkat yang ada.

Pada tahun ini, 1 Mei yang umum ketahui sebagai Hari Pekerja mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya disebabkan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Majoriti rakyat di pelbagai lapisan masyarakat khususnya pekerja-pekerja dalam kalangan B40 bimbang akan hilangnya pekerjaan dan sumber pendapatan disebabkan pandemik ini. Namun yakinlah, rezeki Allah itu sudah ada ditentukan bahagiannya seperti firmanNya pada Surah Hud ayat 6:

۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.

Untuk yang masih bekerja atau ‘work from home’, teruslah bekerja dengan tekun. Semoga pekerjaan anda beroleh keberkatan dariNya.

Akhirnya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua. Moga kita semua dipelihara Allah.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
1 Mei 2020 l 8 Ramadhan 1441H