Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah | Program Teh Tarik for Malaysia (TT4M) Lembah Pantai Bincang Isu Semasa

210 views
SHARE

LEMBAH PANTAI, 5 Feb – Selepas isu permasalahan dadah, kini isu perumahan pula menjadi topik perbincangan dalam program Teh Tarik for Malaysia (TT4M) di peringkat kawasan Lembah Pantai.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Professional PAS ( JPro ) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai ini diadakan di Restoran Satay Kajang 1917 Bazaria Pantai.

Bicara kali ini menampilkan Ir. Khairil Nizam selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan LAr Tuan Haji Fauzi Abu Bakar, Tokoh Masyarakat Lembah Pantai sebagai ahli panel.

Tuan Haji Fauzi mendedahkan realiti masyarakat yang tersepit di celah kemajuan semasa lantaran bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah yang mentadbir negara memastikan keperluan asas itu mampu dimiliki oleh rakyat,” ujar beliau.

Bagi menghadapi kemelut yang berlaku, PAS mendatangkan solusi ke arah membawa Malaysia menuju pembangunan yang lebih sejahtera.

“Antara penyelesaian dalam Dokumen Hijau untuk isu perumahan ialah cadangan pelaksanaan sukuk al ijarah dan musyarakah yang merupakan tawaran dari Islam itu sendiri, cuma kita mengolah mengikut situasi semasa,” ujar Ir Khairil.

Program TT4M seperti ini menunjukan keseriusan PAS dalam membawa isu permasalahan rakyat untuk dibincangkan sekaligus mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta tidak membebankan rakyat.

Hadirin turut dihidangkan dengan jamuan sate serta teh tarik percuma sepanjang program berlangsung.