Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Pelancaran Manifesto PAS di P166 Parlimen Labuan

3195
SHARE

20 Januari 2018 – Satu majlis pelancaran Manifesto PAS kawasan Labuan telah berlangsung dengan jayanya. Program yang telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj Mohamad Noor Bin Mohamad itu dimulakan dengan konvoi perarakan motorsikal dan kereta berkibar bendera parti PAS yang disertai oleh Team ARC yang dianggotai oleh anak – anak muda sekitar Labuan dan ahli PAS Labuan sendiri. Konvoi tersebut bermula ditapak pelancaran Manifesto iaitu di Pasti Al-Ihsan, diteruskan ke kawasan kampung Pantai, Pohon Batu, Layang-Layangan, Kg Sungai Lada, Kg Sungai Bendaun, Jalan Kinabenua dan berakhir di Masjid Jamek An-Nur. Peserta konvoi menyelesaikan solat zohor berjemaah di Masjid Jamek An-Nur sebelum menamatkan konvoi mengelilingi kawasan bandar Labuan.

Setelah selesai mengelilingi kawasan bandar, peserta konvoi menikmati jamuan makan tengahari secara beramai-ramai sebelum majlis pelancaran diteruskan.

Tepat jam 2 petang, majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Urusan Ulama’ PAS kawasan Labuan diteruskan dengan ucapan alu-aluan Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan, Tn Hj Hamir Bin Zahari dan seterusnya disambung dengan ucapan perasmian daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj Mohamad Noor Mohamad. Dalam ucapan beliau, sekalung tahniah dirakamkan oleh beliau selaku pesuruhjaya kepada semua barisan jentra pilihanraya PAS Labuan yang telah bertungkus lumus menghasilkan manifesto bagi menghadapi PIlihanraya Umum ke-14. Di samping itu juga beliau merakamkan rasa teruja terhadap semangat jentra pilihanraya PAS Labuan yang merupakan kawasan pertama di Wilayah Persekutuan yang telah melancarkan manifesto PRU14. Pelancaran di akhiri dengan gimik perasmian di mana beliau bersama dengan Tn Hj Hamir Zahari dan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Junid Mohd Aling, selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan memotong riben backdrop yang merakamkan secara ringkas 11 tawaran Labuan Sejahtera yang diperjuangkan PAS Labuan dalam PRU14 nanti. Antara 11 tawaran yang bakal disampaikan oleh PAS Labuan, antaranya Meningkatkan martabat Islam di Labuan seperti yang telah termaktub dalam perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan. Selain itu satu yayasan khas buat rakyat Labuan atau Yayasan Rakyat Labuan bakal menjadi manifesto dibarisan utama PAS Labuan. Yayasan ini adalah satu perjuangan yang akan dipandang serius pelaksanaannya apabila PAS Labuan memenangi kerusi Parlimen P166 – Labuan. Yayasan ini juga khas ditubuhkan agar nasib anak-anak jati Labuan mendapat satu taraf keistimewaan lahir di bumi pulau bebas cukai ini.

Bagi memperkenalkan lebih jelas 11 tawaran ini kepada seluruh penduduk Labuan khasnya kepada pengundi-pengundi di Labuan, satu siri jelajah penerangan secara berpeingkat berkenaan 11 Tawaran Labuan Sejahtera akan diteruskan oleh ahli jawatankuasa PAS Labuan bagi menyampaikan isi penuh tawaran Labuan Sejahtera ini.

Pada malam harinya Tn Hj Mohammad Noor pula menghadiri satu ceramah kelompok ataupun penerangan berkenaan PAS di Kg Kilan Kassim. Ceramah kelompok tersebut dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Junid bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT khusus buat tuan rumah serta seisi keluarga dan bagi seluruh umat Islam amnya. Ceramah kelompok tersebut diselangi dengan beberapa soalan daripada hadirin yang hadir serta jamuan makan malam. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil keahlian PAS kepada ahli baru Kg Kilan Kassim.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan mengakhiri siri Lawatan ke Labuan dengan menyampaikan sumbangan PAS kawasan Labuan kepada pemandu teksi pada 21hb Januari 2018, bertempat di lapangan terpang Labuan sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Sumbangan diterima oleh Tn Hj Ismail Abdul Rahman, yang merupakan pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Labuan sambil diiringi oleh barisan kepimpinan PAS Labuan, Pengarah JPN & beberapa pemandu teksi yang lain.
Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Labuan, Tn Hj Ismail merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PAS dia atas bantuan yang diterima. Beliau juga dalam ucapan ringkas sempat menyatakan bantuan yang pernah diterima daripada PAS Labuan berupa bantuan duit minyak dan kali ini dengan pertumbuhan perkhidmatan crab car PAS Labuan masih perihatin dengan nasib pemandu teksi yang pendapatannya melalui paras turun naik.