Home Artikel PAS Wilayah

PAS WILAYAH | PAS Sri Pahang Cakna Komuniti

120 views
SHARE

Bangsar – PAS Cawangan Sri Pahang mengambil inisiatif untuk mendapat maklumbalas penduduk setempat mengenai kesejahteraan, keselesaan serta keselamatan penduduk di Bukit Bandaraya(BBRA), Bangsar.

Pada 19 November 2017, pimpinan PAS Cawangan Sri Pahang, Haji Fauzi Abu Bakar dan En Ismail Husin sempat sepagi beriadah sambil berbincang bersama ahli Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Bangsar di sekitar Bangsar Park dan Bukit Persekutuan.

Antara kebimbangan ahli-ahli BBRA adalah bertambahnya papan iklan eletronik di tempat-tempat yang berisiko tinggi dan merbahaya seperti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Maarof, kesesakan lalu lintas dan kenderaan yang tidak mengikut peraturan jalanraya dengan membuat pusingan merbahaya di tempat yang dilarang.

Situasi ini membawa kepada risiko berlakunya kemalangan serta insiden yang tidak diingini.

Selain itu, cadangan turut diutarakan terhadap keperluan “speed bump” di kawasan perumahan bagi mengelakkan pemandu memandu dengan kelajuan yang merbahaya.

Perbincangan lain juga menyentuh mengenai kewujudan struktur komunikasi yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Turut serta adalah Penasihat dan juga Mantan President BBRA, Datuk Mumtaz Ali, AJK BBRA serta rakan-rakan jiran tetangga yang berjalan bermula dari Stesen Petronas di Lorong Maarof dari jam 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi.

Mereka juga sempat bersarapan bersama-sama usai aktiviti riadah yang menjadi kelaziman setiap minggu.