LEMBAH PANTAI – Satu program Smart Matematik 1.0 dianjurkan oleh PAS Lembah Pantai dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai berjaya dianjurkan dengan jayanya dan mencapai target.
Program tersebut bermula pada 8 pagi telah diadakan di Dewan Bunga Raya Pangsapuri Suci dengan kehadiran peserta hampir 40 orang.
Kem Smart Matematik 1.0 ini di ketuai oleh Cikgu Raof sebagai tenaga pengajar dan menyasarkan murid-murid yang berumur lingkungan 10 hingga 12 tahun.
Menurut beberapa orang murid yang menghadiri kem pada kali ini, mereka berasa sangat seronok dengan program yang dijalankan dan dapat belajar benda baru terutamanya cara menghafal sifir dengan pantas.
Selain itu, ibu bapa murid melahirkan rasa gembita dengan program yang diadakan kerana sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak mereka meningkatkan kemahiran dalam Matematik di samping yuran yang murah iaitu serendah RM 10.