Wangsa Maju, 18 November 2017 – Ceramah Kelompok siri ke-4 telah diadakan di Unit Peti Undi (UPU) Danau Kota bertempat di perkarangan rumah Abdul Hamid, salah seorang ahli PAS di cawangan tersebut.
Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu merangkumi sesi penerangan santai dan soal jawab bersama ahli dan penduduk di kawasan sekitar.
Selaku panel, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Razali Tumirin berjaya membuka minda hadirin dengan pembentangan Dokumen Hijau sebagai penyelesaian masalah ekonomi negara secara menyeluruh.
“PAS Wangsa Maju akan terus komited untuk mengadakan siri-siri penerangan di semua UPU bawah Parlimen Wangsa Maju”, ujar beliau.
Dalam majlis yang sama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju, Hamidon Pawanteh pula menekankan peranan yang perlu dibawa oleh semua ahli PAS kepada masyarakat menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang semakin diterima masyarakat kini termasuk yang hadir pada majlis tersebut.
Kehadiran Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Dr. Hj. Mohd Khuzzaini Abdul Rahman terus memeriahkan majlis dengan kupasan yang terperinci dan soal jawab berkenaan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
Tambah beliau, “Parlimen Wangsa Maju berpotensi dimenangi PAS pada PRU akan datang justeru saya menyeru semua ahli dan penyokong untuk terus menjadi penyumbang kepada kemenangan ini.”