Setiawangsa 7 Januari- PAS Kawasan Setiawangsa dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS WP dan PAS WP meneruskan agenda bersama rakyat dengan turun padang ke PPR SG BONUS, Pekan Ayer Panas, Setapak.
Program Gerak Gempur Cula Mega 6.0 dan Santun Rakyat ini dijadikan medan PAS untuk mendapat maklumbalas dan memberi penerangan mengenai dasar perjuangan Pas terutama kepada masyarakat ibukota.
PAS Setiawangsa memilih PPR Sg Bonus sebagai kunjungan cula kali ini kerana ianya gagal ditembusi pada PRU 13 yang lepas kerana halangan beberapa orang pendukung UMNO selain melaksanakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS).
Kempen Santun Rakyat ini diketuai oleh Pengarah Jentera Muslimat, Pn Saidatul Azimah dan Setiausaha Pilihanraya PAS Setiawangsa, Sdr Muhammad Syahmi Zurhan dengan jumlah petugas PAS seramai hampir 50 orang.
Sambutan masyarakat termasuk dari masyarakat bukan islam amat positif dan memberangsangkan terhadap kesedian PAS Setiawangsa bertanding pada PRU 14 menunjukkan sokongan masyarakat ibukota yang semakin meningkat terhadap perjuangan Islam.
Pas Kawasan Setiawangsa akan terus mengadakan siri kempen seumpama ini sebagai salah satu wadah interaksi dan dakwah Pas dengan komuniti Setiawangsa.
-Jabatan Penerangan PAS Kawasan Setiawangsa-