Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah Menyantuni Jenazah Saudara Baru

113 views
SHARE

KUALA LUMPUR, 15 Julai- PAS Wilayah Persekutuan telah menguruskan jenazah seorang saudara baru di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Jenazah muallaf yang dikenali sebagai Muhammad Ali Yeong, 65 , dikenalpasti meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman di usus.

Namun begitu, Si Mati tiada waris untuk menguruskan jenazahnya lantaran ahli keluarga Almarhum berbeza agama.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kem Sungai Besi Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

Turut terlibat dalam urusan pengebumian Almarhum ialah jamaah Madrasah Al Khariah Taman Salak Jaya dan anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan Baru.

PAS Wilayah turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih buat para penderma yang telah menjayakan urusan pengebumian jenazah serta mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

HAJI ABU BAKER SEDEK
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS WP