Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Jentera Pilihanraya PAS Titiwangsa Buka Kaunter Bergerak.

1078
SHARE

Titiwangsa, 29 November – PAS Zon Pandan dn Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa telah membuka kaunter khidmat bergerak bagi memudahkan para pengunjung Pasar Malam Taman Maluri menyemak nama & tempat mengundi mereka dalam pilihanraya umum akan datang, serta pendaftaran pemilh baru.

Kaunter yang telah dibuka seawal pukul 5.30 petang ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung pasar malam. Para petugas jentera pilihanraya dengan penuh keceriaan serta semangat jihad dan pengorbanan yang tinggi telah bersama-sama dari awal kaunter dibuka sehingga ia ditutup jam 9.45 malam.

Sumbangan harta, tenaga dan masa sangat-sangat diperlukan bagi meneruskan perjuangan Islam yang panjang ini. Mereka yang ingin berkongsi pahala infaq Fisabilillah yang bakal mendapat ganjaran 700 kali ganda seperti yang telah digazet di dalam AlQuran ini bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank atas nama Parti Islam SeMalaysia Kawasan Titiwangsa di nombor 564098504101.

Semoga Allah SWT meredhai setiap perbuatan kita dan menggolongkannya sebagai amalan soleh sebagai bekalan perjalanan kehidupan yang panjang ini.