Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Jabatan Amal Gotong Royong Bersih Surau Al Amin

1171
SHARE

Bandar Tun Razak, 28 Jan (Ahad) – Jabatan Amal Bandar Tun Razak turun padang bagi membantu penduduk Taman Makmur Ikhlas bagi membersihkan Surau Al Amin secara gotong royong.

Seramai 12 orang anggota Jabatan Amal Bandar Tun Razak telah hadir membersihkan surau tersebut bermula jam 8.30 pagi bersama Ahli Jawatankuasa Surau dan penduduk sekitar Makmur ikhlas.

Pengerusi Surau Haji Wan Abd Rahman Wan Ismail berkata, program gorong royong itu diatur bagi membersihkan Surau Al Amin sebagai persediaan untuk memulakan solat Jumaat yang pertama pada minggu ini. Surau Al Amin akan mula dijadikan Surau Jumaat secara rasminya bermula 2 Februari 2018.

Katanya lagi, pihak surau dan penduduk merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Amal Bandar Tun Razak dengan bantuan yang diberikan sepanjang gotong royong diadakan.

Penyelaras program Sdr Zuladha Shabli telah memaklumkan projek kerjasama ini telah mendapat reaksi yang amat positif dikalangan penduduk Taman Makmur Ikhlas. Nama Jabatan Amal mula dikenali dan meniti dibibir penduduk sekitar.

#createabettermalaysia
#pemudapasbtr
#btrsejahtera
#maramenujucita
#sejahterabersamaislam

Like and follow us on :

Instagram : https://www.instagram.com/pemudapasbtr

Faceebook : https://m.facebook.com/pemudapasbandartunrazak