Bandar Tun Razak, 31 Jan (Ahad) – Jabatan Amal Bandar Tun Razak dengan kerjasama Maaruf Prihatin telah mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah di Surau As Sobirin PPR Permai Jaya.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan daripada pelbagai peringkat umur.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Rashidi Razak menceritakan pengalaman beliau menguruskan jenazah selama 3 tahun.
Ujar beliau “masyarakat hari ini sangat kurang ilmu dalam pengurusan jenazah”
Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak, En. Md Shukor Bin Aziz turut hadir dan merasmikan bengkel ini.
Beliau mengatakan “pasti ada ilmu baru yang dapat dipelajari melalui kursus pengurusan ini walaupun beberapa kali terlibat dengan kursus pengurusan jenazah.
“Semoga kursus ini memberikan manfaat kepada masyarakat setempat” tambah beliau lagi.
Pemuda PAS Bandar Tun Razak tetap optimis dalam membantu masyarakat mendalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah di masa akan datang.
#pemudapasbtr
#btrsejahtera
#maramenujucita
#sejahterabersamaislam
Bengkel Pengurusan Jenazah PPR Permai JayaBandar Tun Razak, 31 Jan (Ahad)– Jabatan Amal Bandar Tun Razak dengan…
Posted by Pemuda PAS Bandar Tun Razak on Sunday, February 4, 2018
Like and follow us on :
Instagram : https://www.instagram.com/pemudapasbtr
Faceebook : https://m.facebook.com/pemudapasbandartunrazak