Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | 6 Buah Bot Pukat Tunda Timbul Tanda Tanya

2512
SHARE

15 Januari 2018, Ahad – sekitar jam 8.30 pagi. PAS Labuan membuat tinjauan di pantai Kg Layang-Layanganan hasil daripada aduan nelayan-nelayan tempatan.

Didapati 6 buah bot pukat tunda berada tidak jauh daripada pantai. Sila rujuk gambar yang disertakan. Kami pasti bot-bot tersebut berada kurang dari 5 nautika batu dari pantai kerana jelas nampak dan boleh diambil gambar dengan handphone.

PAS Labuan mendapat aduan dari nelayan tempatan bahawa bot2 tersebut sudah lebih seminggu menjalankan akitiviti mereka di sekitar laut Sg Lada, Sg Labu, Layang-Layangan dan Pohon Batu.

Jika perkara ini berterusan, mata pencarian nelayan2 kecil yang juga anak jati Labuan akan merosot dan terjejas !

Hasil carian (website search), PAS Labuan mendapati bahawa jarak yang dibenarkan oleh undang undang Maritim bahawa bot pukat tunda hanya dibenarkan melakukan kegiatan mereka 12 batu Nautika ke atas.

Hasil carian PAS Labuan terhadap kes-kes tangkapan bot pukat tunda yang pernah dilakukan oleh Maritim Malaysia mendapati bahawa;

I. Pihak Maritim Malaysia pernah menangkap dan menahan 2 bot pukat tunda yang beroperasi kurang dari 5 batu Nautika dari pantai di Johor

2. Pihak Maritim Malaysia pernah menangkap dan menahan bot pukat tunda yang beroperasi kurang daripada 6.5 batu Nautika dari pantai di Terengganu

PAS Labuan sangat2 berharap dan menyeru pihak terbabit seperti Maritim, Polis Merin, Jabatan Perikanan atau LKIM dapat melakukan pemantauan yang berkesan serta melakukan tangkapan terhadap kegiatan yang melanggar undang undang negara kita,tidak mengira walaupun bot bot tersebut dimiliki oleh rakyat tempatan.

#Bersamamenjagakhazanahlautkita
#Perihatinuntuknelayantempatan
#Islammelestarikehidupanmanusia
#Pasuntuksemua