Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Santuni Pemandu Teksi dan E-Hailing

36
SHARE

WANGSA MAJU, 06 Sept– PAS Kawasan Wangsa Maju terus memperkukuh agenda kebajikan apabila berjaya melaksanakan program menyantuni pemandu teksi dan e-hailing bertempat di Markas PAS Kawasan Wangsa Maju, Melati Utama.

Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju dan Amalnita Wilayah Persekutuan itu berjaya menghimpunkan lebih 30 orang pemandu teksi serta e-hailing yang diraikan dalam suasana penuh mesra.

Setiap peserta menerima sumbangan beras sebagai tanda prihatin terhadap cabaran kos sara hidup yang dihadapi golongan ini. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Puan Siti Aminah Husin, Lajnah Kebajikan PAS Wangsa Maju bersama barisan AJK.

Setiap pemandu akan menerima sumbangan berupa beras dan saguhati tunai RM100 sebagai tanda prihatin terhadap cabaran kos sara hidup yang dihadapi golongan ini. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Puan Siti Aminah Husin, wakil Lajnah Kebajikan PAS Wangsa Maju bersama barisan AJK.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah dan perasmian oleh Ustaz Mohd Khairul Azman bin Md Daud, Pengerusi Yayasan Amal Wilayah Persekutuan, yang menekankan kepentingan ihsan dan kebersamaan masyarakat dalam membina negara yang sejahtera.

PAS Wangsa Maju melalui pelbagai inisiatif kebajikan terus komited mendekati masyarakat pelbagai lapisan, termasuk para pemandu teksi dan e-hailing yang memainkan peranan penting dalam nadi pengangkutan kota.