Home Berita PAS Wilayah

PAS WANGSA MAJU RAIKAN MASYARAKAT INDIA B40 DALAM PROGRAM JALINAN MESRA DEEPAVALI

7
SHARE

Oleh : Muhammad Abdul Fateh

Wangsa Maju, 17 Nov :Program Jalinan Mesra Deepavali anjuran PAS Kawasan Wangsa Maju yang berlangsung di Restoren Afraa, Taman Melati berjaya menghimpunkan lebih 60 orang masyarakat India B40 dalam satu majlis penuh mesra, harmoni dan semangat perpaduan. semalam, disini.

Majlis turut dihadiri pimpinan utama PAS Kawasan Wangsa Maju iaitu Yang Dipertua Ustaz Abdul Rani, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Wilayah Persekutuan (DHPP WP), Ts. Dr. Subash Chandrabose M. Arumugam, serta saf kepimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju.

Sebagai tanda keprihatinan dan solidariti kepada masyarakat setempat, PAS Wangsa Maju menyampaikan sumbangan beras 5kg kepada setiap keluarga bagi meringankan beban mereka sempena musim perayaan Deepavali.

Dalam ucapannya, Ustaz Abdul Rani menegaskan komitmen PAS untuk terus mendekati semua komuniti tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

“PAS bukan sekadar sebuah gerakan politik, tetapi sebuah gerakan rakyat. Program sebegini menunjukkan bahawa PAS hadir untuk menyantuni, membantu dan meraikan seluruh masyarakat, termasuk komuniti India B40 yang memerlukan sokongan,” katanya.

Beliau menambah bahawa masyarakat majmuk di Wangsa Maju perlu terus diperkukuh melalui program berbentuk kebajikan dan silaturahim.

Sementara itu, Ts. Dr. Subash Chandrabose dalam ucapannya menyifatkan program tersebut sebagai bukti hubungan erat antara PAS dan masyarakat India PAS Menjiwai Aspirasi Masyarakat India

“Inilah PAS yang sebenar prihatin, terbuka dan sentiasa bersama rakyat tanpa mengira kaum. DHPP akan terus menjadi jambatan menghubungkan PAS dengan masyarakat bukan Islam untuk membina negara yang lebih sejahtera dan harmoni,” jelasnya.

Program Jalinan Mesra Deepavali ini menjadi simbolik usaha berterusan PAS Wangsa Maju dalam memperkukuh keharmonian antara kaum dan membina hubungan yang lebih erat dengan masyarakat setempat, selaras dengan misi kebajikan dan kepedulian rakyat yang diperjuangkan parti.