Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Perkukuh Saf Kepimpinan Baharu Demi Tawan Parlimen PRU-16

54
SHARE

Oleh : Muhammad Abdul Fateh

Foto : Muhammad Nadim Al-Fattah

WANGSA MAJU, 17 Jun 2025 – PAS Kawasan Wangsa Maju terus mara gagah dalam memperkemaskan jentera parti apabila berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 dengan penuh semangat perjuangan dan keazaman untuk menawan Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Majlis yang berlangsung dengan suasana penuh tertib dan muhibah itu menyaksikan pemilihan saf kepimpinan baharu yang lebih segar, mantap dan berwibawa, diterajui oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani bin Mohamed Daud, yang terus diberi mandat menerajui kepimpinan kawasan.

Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Tuan Izamuddin bin Ludin, manakala Naib Yang Dipertua ialah Tuan Haji Mishadi bin Junos, dua tokoh berpengalaman yang diyakini mampu memperkukuh agenda dakwah, siasah dan kebajikan parti di peringkat akar umbi.

Mesyuarat turut melantik barisan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional, aktivis dan tokoh masyarakat, termasuk:

1. Tuan Haji Muhamat Puzi Bin Ahmat

2. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Napi

3. Tuan Muhammad Mahir Bin Othman

4. Tuan Haji Jenalis Bin Abdul Kahar

5. Ustaz Mohd Noor Ihsan Bin Kamaruzaman

6. Tuan Haji Ahmad Suhaimi Bin Husin

7. Tuan Abd Majid Bin Abdul Kadir

8. Tuan Haji Shahidan Bin Arifin

9. Tuan Haji Azhar Bin Omar

10. Tuan Haji Mat Fadzil Bin Mohamad

11. Tuan Mohd Redzuanuddin

12.  Tuan Abdul Rahim Bin Sulaiman

13.  Tuan Muhammad Hakim Bin Hashim

14.  Tuan Haji Mathuridi Bin Rejab

15. Puan Siti Aminah Bt Hussin

Puan Hajjah Asiah Bt Mohd Baki

Turut diumumkan, Pengerusi Tetap kekal diamanahkan kepada Tuan Rohizad bin Aznan, manakala Timbalan Pengerusi Tetap ialah Ustaz Khairul Anuar Yahya. Dua tokoh ulung, Tuan Mohd Eazaq Farommi bin Hamat dan Tuan Haji Salahuddin bin Che Mohd Yusuf, pula diberi tanggungjawab sebagai Pemeriksa Kira-kira.

Mesyuarat kali ini menjadi medan pernyataan iltizam yang jelas – PAS Wangsa Maju tidak gentar berdepan cabaran politik semasa, bahkan tekad untuk memperkukuh penyatuan ummah, memperluas kebajikan rakyat dan memimpin perubahan dalam landskap siasah bandar.

Dengan semangat “Islam Adalah Penyelesaian”, PAS Wangsa Maju kini berada di landasan kukuh, siap siaga menggerakkan seluruh kekuatan menuju kemenangan PRU-16 – demi Islam, rakyat dan masa depan negara.