Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Panaskan Gelanggang PRU-16

37
SHARE

Oleh : Muhammad Abdul Fateh

Foto : Al-Aimantz

WANGSA MAJU, 16 Jun 2025 – Bahang perjuangan kian terasa apabila PAS Kawasan Wangsa Maju semalam mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 yang dirasmikan oleh tokoh besar tanah air, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden PAS.

Bertempat di Dewan Brainy Bunch International School, Taman Melawati, kehadiran figura utama PAS ini memberikan isyarat jelas bahawa Wangsa Maju kini menjadi kawasan tumpuan strategik dalam misi menawan semula Parlimen Kuala Lumpur menjelang PRU ke-16.

Majlis yang berlangsung penuh semangat ini turut memperlihatkan kesatuan dan kesiapsiagaan jentera PAS Wangsa Maju di bawah pimpinan Yang Dipertua PAS, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud bersama barisan kepimpinan yang berdisiplin dan berwibawa.

Kehadiran Samsuri Mokhtar – yang semakin disebut-sebut sebagai tokoh nasional masa depan – membuktikan betapa Wangsa Maju tidak lagi boleh dipandang enteng. Gelombang perubahan yang dibawa oleh Gabungan PAS-PN mula mengakar kuat di ibu kota, dan mesyuarat ini menjadi pentas penyusunan strategi besar-besaran menjelang medan tempur PRU-16.

“Ini bukan sekadar mesyuarat tahunan, tetapi medan membakar semangat juang. Kita tekad, Wangsa Maju bukan lagi kubu pembangkang. Ia akan menjadi kawasan kemenangan Islam dan rakyat!” – kata seorang perwakilan dengan penuh semangat.

PAS Wangsa Maju kini dalam fasa konsolidasi kekuatan, memperkasa jentera, dan menyusun langkah untuk memastikan perubahan besar berlaku – bukan sahaja di Wangsa Maju, malah di seluruh Wilayah Persekutuan.

PAS Bangkit! Wangsa Maju Bersedia! Takbir!