Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju bantu golongan asnaf

204
SHARE

WANGSA MAJU, 12 Mei- PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan program Sumbangan Amal barangan keperluan kepada penduduk asnaf Wangsa Maju di PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah di sini pagi tadi.

Program dilaksanakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Antara fokus lain juga adalah menyantuni mereka yang perlu dibantu terutama kalangan fakir miskin, orang kelainan upaya, pesakit, warga emas dan ibu tunggal.

“Kami cakna dengan kesusahan dan kepayahan hidup mereka yang sangat terkesan dengan pandemik yang melanda negara sekarang dan inisiatif begini perlu diteruskan lagi,” ujar Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang menyelia sumbangan berkenaan.

“Agihan ini dilakukan secara berfasa ekoran ramai keluarga menghubungi kami untuk meminta bantuan. Kami juga mengharapkan sumbangan orang ramai agar membolehkan kami dapat membantu lebih banyak keluarga,” tambahnya lagi.

“Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyumbng dan kepada Pemuda dan Muslimat PAS Wangsa Maju yang terlibat membantu penduduk yang terputus bekalan makanan sepanjang PKP ini. Diharap semua rakyat Malaysia bersabar atas ujian yg kita hadapi dan sentiasa berdoa kepada Allah,” ujarnya.