Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju anjur Dapur Rakyat bantu M40, B40

109
SHARE

WANGSA MAJU, 2 Jun- Lebih 850 keluarga golongan B40 dan M40 menerima bantuan keperluan asas daripada Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh menerusi program #DAPURRAKYAT.

Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM59,500 bagi meringankan beban golongan ibu atau bapa tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta komuniti lapangan terbang yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani berkata tanggungjawab PAS bukanlah sekadar politik sahaja malah prihatin kebajikan dengan situasi yang sedang membayangi rata-rata masyarakat hari ini.

“PAS Wangsa Maju ingin memberi manfaat kepada masyarakat setempat daripada pelbagai sudut termasuk memastikan keperluan asas mereka dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyerahan pek barangan keperluan asas disampaikan oleh YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani mewakili YB Senator kepada 15 penerima di Mahasa Villa.

Setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, susu, sardin.

Program #DAPURRAKYAT ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh awal April lalu.

Semasa perasmian berkenaan, beliau memperkenalkan program ini sebagai salah satu usaha PAS Wangsa Maju meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui program perlindungan sosial yang komprehensif bagi memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara.