Home Artikel PAS Perak

PAS – Umno Perak adakan pertemuan rasmi

559 views
SHARE

IPOH: Hubungan seumpama “Serumpun bak serai, sesusun bak sirih” antara PAS dan Umno Negeri Perak telah berlangsung secara rasminya pada mesyuarat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak, Bandar Ipoh Raya, di sini semalam.

Pertemuan bersama julung kali tersebut telah diadakan dalam rangka mengukuhkan kerjasama serta membincangkan hala tuju dan ketetapan dalam mengemudi agenda selaras kedua-dua parti di negeri ini.

Ianya lanjutan kepada siri-siri program bersama telah dijayakan kedua pihak sebelum ini, selain pertegasan dan komitmen antara PAS dan Umno terlebih dahulu telah dinyatakan di peringkat nasional sebelum ini.

Hadir bagi pihak Umno adalah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Umno Perak, Dato’ Saarani Mohamad dan Dato’ Hasbullah Osman, juga Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Perak, Dato’ Azizan Osman dan Dato’ Zulkifli Harun.

 

Termasuk Ketua Pemuda Umno Perak, Mohd Arif Abdul Majid dan Ketua Wanita Umno Perak, Dato’ Dr Wan Norashikin Wan Noordin serta Ketua Puteri Umno Perak, Susmaniza Sulaiman.

Mengiringi sama pertemuan tersebut adalah Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno dari negeri ini iaitu Dato’ Dr Shamsul Anuar Sanarah, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib.

Manakala tuan rumah PAS diketuai Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Ustaz Mohd Ismi Mohd Taib, juga Setiausaha dan Bendahari PAS Perak, Mohd Azhar Rafiei dan Ismail Arifin.

Selain disertai sama oleh Timbalan Ketua Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin serta Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.