TITIWANGSA , 22 Oktober – PAS Zon Keramat Parlimen Titiwangsa telah mengadakan program ziarah ke Flat Sri Perlis 1. Ziarah ini diketuai oleh Haji Amin selaku ketua Zon dan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Titiwangsa.
Ketua Zon, Haji Amin berkata program berkenaan diaturkan khususnya di Zon Keramat bagi mendekati penduduk di sini dan menyelami permasalahan yang dihadapi mereka.
Menurutnya, menerusi program ini pihaknya dapat menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk keperluan harian dan khidmat nasihat.
“Program ziarah ini telah mendekatkan lagi PAS dengan penduduk di Zon Keramat secara umumnya, dan Flat Sri Perlis 1 secara khususnya.
“Kami juga berkesempatan bertemu dengan penduduk di sini yang sangat-sangat memerlukan bantuan kerana keuzuran, pada yang sama turut tinggal bersama ahli keluarga yang Kelainan Upaya (OKU),” katanya ketika ditemui selepas program ziarah tersebut.
Sementara itu, Ketua Halwa Zon Puan Sabariah ketika ditemui berkata, semangat ukhuwah dan kebersamaan dapat dirasai sepanjang program ziarah dan berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan dengan penduduk di sini.
“Kami mencatat setiap luahan yang disampaikan oleh penduduk dan kami berusaha untuk sampaikan kepada pihak yang berwajib. Ada juga penduduk yang memberitahu tentang jumlah wang bantuan yang diterima tidak konsisten,” katanya.
Ziarah seperti ini akan digiatkan lagi ke flat-flat sekitar Zon Keramat untuk terus mendekatkan PAS sebagai agen kebajikan di Parlimen Titiwangsa.