Home Berita PAS Wilayah

PAS Titiwangsa bantu penduduk terkesan PKP

24
SHARE

BATU, 3 Julai: PAS Kawasan Titiwangsa semalam menyampaikan bantuan kepada penduduk di Pangsapuri Desa Pandan Blok A, B dan E.

Sumbangan berkenaan diberi bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran pelaksanaan PKP yang lebih ketat oleh pihak Kerajaan.

Sumbangan tersebut berbentuk barangan dapur yang disampaikan dengan pematuhan SOP kepada semua penerima yang telah dikenalpasti layak.

Sumbangan disampaikan oleh ahli jawatankuasa PAS Titiwangsa, Mohamad Bakhtar dan Aidi Alfian dibantu beberapa orang AJK yang lain.

Menurut Mohamad Bakhtar, maklumat lanjut berkenaan program sumbangan ini boleh didapati dengan menghubungi Setiausaha PAS Titiwangsa, Azmer Syazwan di talian 012-6617035.

“InsyaAllah program sumbangan sebegini akan terus diadakan dari semasa ke semasa,” ujarnya.