KUALA TERENGGANU – Tidak timbul isu calon muda diketepikan oleh PAS Terengganu apabila Masih mengekalkan penyandang terdahulu kecuali di Kuala Nerus, Setiu serta di Hulu Terengganu.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, peluang untuk mereka masih ada untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
“Jadi tidak timbul anak muda Tersisih dan seumpamanya, PAS sangat serius dalam mengemukakan calon-calon.
“Kita (pada Kali ini) mengemukakan yang berpengalaman dan masih bertenaga dan sangat bersih untuk memainkan peranan penting di peringkat pentadbiran negara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media, pasca penamaan calon, di Pusat Media PAS Terengganu, di sini, pada Ahad.
Katanya kelapan-lapan calon Perikatan Nasional termasuk dari BERSATU yang akan menggunakan lambang PAS diterima semua oleh ahli PAS.
“Maklum balas yang diperolehi agak memberansangkan terhadap calon-calon yang telah dikemukan.
“Jadi akan akan terus memandu perjalanan seterusnya semua apa yang telah dirancang dalam tempoh kempen sepanjang dua minggu ini.
“Bagi memastikan rakyat akan memberikan pilihan yang terbaik khusus untuk menerajui parlimen masing-masing.
“Saya yakin dan berharap semua rakyat dan pemilih samada pengundi Kali pertama serta yang telah biasa mengundi memilih calon yang bersih dan stabil, insya-Allah, ” ujarnya lagi.