Home Artikel PAS Sabah

PAS teruskan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Kinabutan Kecil

117 views
SHARE

TAWAU 10 Julai – 15 keluarga mangsa kebakaran Kg Kinabutan Kecil telah mendapat sumbangan sekali lagi daripada PAS Kawasan Tawau ,di sini , semalam.

Mereka adalah sebahagian dari 48 keluarga mangsa kebakaran Rabu lalu yang masih menghuni perkarangan Masjid Hidayatul Mustaqim sementara selebihnya telah berpindah ke penempatan lain.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang baharu dilantik merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau ,Tuan Mohamad Bin Husain.

Tuan Mohamad Bin Husain berkata , sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga yang terlibat terutama untuk membeli barangan keperluan harian .

” Sebelum ini beberapa jentera kita dari  PAS Cawangan Apas , Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Negeri PAS Sabah dan Tawau , Halwa PAS Balung dan Jabatan Amal Malaysia  telah turun membantu dan menyampaikan sumbangan awal seperti sumbangan makanan , minuman , pakaian,kelengkapan bayi dan wang ringgit.

” Semasa kejadian berlaku anggota Jabatan Amal kita antara yang terawal turun membantu.

” PAS akan sentiasa peka dan prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat terutama semasa berlaku musibah seperti kebakaran ini.

” Kita mempunyai jentera yang kuat , ahli yang komited yang sentiasa bersedia turun bila-bila masa untuk berkhidmat tanpa mengira kaum , agama dan pegangan politik.

” Kita berharap masyarakat tidak hanya mengenal PAS sebagai parti politik semata-mata , tetapi juga sebagai satu organisasi yang terlibat dengan kebajikan serta pendidikan seperti PASTI, SRITI dan SMITI,” Katanya semasa ditemui di lokasi.