Home Berita PAS Terengganu

PAS Terengganu sumbang RM20,000 bantu mangsa letupan paip gas

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memberi sumbangan sebanyak RM20, 000 kepada Khidmat Malaysia Puchong, Selangor bagi membantu melancarkan gerak kerja bantuan kepada mangsa-mangsa letupan paip gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru.

Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, sumbangan tersebut bagi menampung kos operasi bantuan dan gerak kerja membantu mangsa terbabit.

“Saya turun bagi melihat sendiri keadaan yang berlaku melibatkan bencana letupan paip gas.

“Saya turut menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai kepada sebahagian mangsa yang terlibat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya, pada semalam.

Hanafiah menyifatkan kejadian itu amat menyayat hati apabila penduduk di situ kehilangan tempat tinggal dan kediaman mereka rosak teruk.

“Salam takziah buat mereka.

“Semoga kuat dan tabah menghadapi ujian ini,” tambah beliau lagi.