Oleh: Raudhatul Syarifah
1 April 2024
Tawau : PAS kawasan Tawau dengan kerjasama Biro kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Tawau dan PAS Cawangan Balung telah menyantuni anak yatim dalam satu majlis Semarak Kasih Ramadan.
Yang Dipertuanya berkata, anak yatim perlu dijaga dengan baik kerana Allah memuliakan orang-orang yang menjaga kebajikan mereka ini.
“Allah juga melaknat orang yang berlaku zalim dalam menguruskan harta anak yatim sebagaimana firman Allah dalam surah An Nisa ayat 10,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.
“Ramadan ini adalah ruang untuk kita menyantuni mereka sebagai rasa syukur kita kerana kita dikurniakan keluarga dan dapat meraihkan Ramadan bersama keluarga sedangkan mereka (anak yatim) ini hanya mengharap ihsan dari masyarakat, oleh itu kami dari PAS Tawau hadir sebagai tanda prihatin kepada golongan anak yatim ini,” tambahnya lagi.
Dalam majlis yang diadakan pada Sabtu lalu itu bertempat di Twin Seafood Balung, Tawau telah meraihkan 24 orang anak yatim telah diraihkan dengan jamuan berbuka puasa dan penyerahan bantuan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan, Rosli Hasan beserta ahli jawatankuasanya, Wakil Dewan Muslimat PAS Tawau, Mulyani Jam Jam dan Wakil PAS Cawangan Balung, Haslindah.