Home Artikel PAS Sabah

PAS Tawau Rakam Takziah Atas Kehilangan Enam Wira Negara

193 views
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU – Negara dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila enam wira penyelamat terkorban dalam usaha mencari dan menyelamat seorang remaja yang dipercayai terjatuh dalam lombong tinggal berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong , semalam.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Tawau merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga keenam-enam wira dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban dalam insiden tersebut.

AJK PAS Pusat, merangkap YDP PAS Kawasan Tawau , Mohamad Husain berkata, negara dan masyarakat daerah Tawau khususnya amat sedih atas kejadian tersebut, lebih-lebih lagi seorang daripada mangsa yang terkorban, Allahyarham Mazlan Bin Omarbaki merupakan anak jati Tawau.

“Saya mewakili seluruh ahli dan pimpinan PAS Kawasan Tawau, mengucapkan takziah buat ahli keluarga keenam-enam wira, semoga Allah merahmati dan menempatkan roh-roh mereka bersama para syuhada’.

” PAS Kawasan Tawau melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan menziarahi ibu kepada Almarhum Mazlan Omarbaki di kediaman mereka nanti”, Ujar beliau.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Batu Payung petang ini.