Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau Edar Sumbangan

47
SHARE

                                                              Anna Tan     5 Julai 2021

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah turun memberi sumbangan kepada beberapa keluarga yang terjejas akibat daripada PKP 3.0 yang telah dikuatkuasakan seluruh negara sejak 1 Jun, di sini, kelmarin.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Razali Sani selaku Setiausaha PAS Kawasan Tawau

Menurut Razali, Terdapat beberapa tempat telah disampaikan antaranya Kg Titingan, Batu 3 Sri Aman, Batu 2 dan kawasan Semarak.

Menurutnya lagi, sumbangan tersebut adalah merupakan barangan asas keperluan makanan di dapur.

Razali berkata ” PAS Tawau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan wang ringgit daripada semua penyumbang”P

” PAS Kawasan Tawau  menyampaikan sumbangan tersebut adalah atas nama Tabung Bantuan COVID-19 PAS “

” Kami mengalu-alukan semua pihak terus menyumbang untuk meringankan beban mereka-mereka yang terjejas”.

Beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tawau turut hadir membantu menyampaikan bantuan.

#PASPrihatin
#TabungBencanaCovid19