Anna Tan 5 Julai 2021
TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah turun memberi sumbangan kepada beberapa keluarga yang terjejas akibat daripada PKP 3.0 yang telah dikuatkuasakan seluruh negara sejak 1 Jun, di sini, kelmarin.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Razali Sani selaku Setiausaha PAS Kawasan Tawau
Menurut Razali, Terdapat beberapa tempat telah disampaikan antaranya Kg Titingan, Batu 3 Sri Aman, Batu 2 dan kawasan Semarak.
Menurutnya lagi, sumbangan tersebut adalah merupakan barangan asas keperluan makanan di dapur.
Razali berkata ” PAS Tawau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan wang ringgit daripada semua penyumbang”P
” PAS Kawasan Tawau menyampaikan sumbangan tersebut adalah atas nama Tabung Bantuan COVID-19 PAS “
” Kami mengalu-alukan semua pihak terus menyumbang untuk meringankan beban mereka-mereka yang terjejas”.
Beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tawau turut hadir membantu menyampaikan bantuan.
#PASPrihatin
#TabungBencanaCovid19