Home Berita PAS Terengganu

PAS Tawarkan Solusi Islam

3092
SHARE
Gambar arkib @ Lensa Haraki

Majoriti orang Melayu tidak akan bersama dengan PH kerana PH gagal membawa agenda Islam untuk negara. BN juga tidak dilihat serius. Di sinilah peluang PAS untuk memenangi PRU ke 14.

Rakyat memerlukan solusi bagi GST yang mencengkam kehidupan mereka. PAS mengemukakan penyelesaian Islam iaitu hapuskan GST yang bercanggah dengan Islam dan digantikan dengan cukai yang mengambil model zakat Islam iaitu cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham di Bursa Malaysia.

Rakyat mengeluh kenaikan kos sara hidup. PAS mengemukakan cadangan melibatkan polisi pemilikan kediaman dan kenderaan. Rumah mampu milik ditawarkan antara 50k hingga 180k dan peluang pembiayaan berasaskan Qardun Hasan. Kenderaan bawah 1.3 cc ditawarkan rebet Duti Eksasis bagi pembelian kereta kali pertama. Tunggakan pinjaman PTPTN ditawarkan untuk dilupuskan.

Rakyat mengeluh tentang ketirisan perbelanjaan negara dan bencana rasuah dan penyelewengan. Maka PAS menawarkan Tadbir Urus Rabbani yang mengikat para pentadbir dengan pemantauan Tuhan yang mengambil kira aspek dosa dan pahala.

Dr Khairuddin at-Takiri

#MalaysiaSejahtera