Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Tasek Gelugor Sumbang Bantuan Persekolahan

1098
SHARE


AHAD 24/12/2017. TELOK AIR TAWAR – Seramai 90 orang pelajar mengukir senyuman penuh keriangan apabila menerima sumbangan alatan persekolahan melalui program BACK TO SCHOOL anjuran Jentera Pilihanraya DUN Telok Air Tawar.
Sumbangan yang juga ditaja oleh MUSLIM CARE dapat meringankan bebanan ibubapa dalam usaha berhempas pulas membuat persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Hanif bin Haron Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan diserikan lagi kehadiran ibubapa memeriahkan lagi majlis BACK TO SCHOOL.

Dalam ucapan beliau, beliau menyeru kepada ibubapa agar berusaha untuk membantu anak-anak agar berjaya dalam pelajaran dan mendidik anak-anak berjaya didunia dan akhirat. Jadikan iktibar apa yang berlaku terhadap Cikgu Azizan sebagai iktibar untuk semua ibubapa dalam usaha membentuk anak-anak.

Majlis berakhir dengan penyerahan sumbangan kepada 90 orang pelajar dan jamuan.