Tasek Gelugor, 21 Jun 2017 – Hampir 300 peniaga dan pengunjung di kedai-kedai sekitar simpang tiga Pokok Sena serta bazar Ramadhan Pokok Sena menerima sumbangan kuih raya dari PAS Kawasan Tasek Gelugor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Program edaran tersebut diketuai oleh saudara Khairil Haniff bin Arshad selaku Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPPKTG. Program ini turut disertai oleh ahli-ahli dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor, AMEERAH Tasek Gelugor dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tasek Gelugor.
Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Nik Abdul Razib bin Nik Abdul Rahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor yang turut sama membantu mengedar kuih raya kepada peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung si sekitar Pokok Sena.
Pemberian sumbangan buat julung kalinya diadakan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPPKTG antara lainnya adalah untuk menyantuni masyarakat setempat agar mengenali PAS dengan lebih dekat.
Program ini yang bermula jam 05.30 petang berakhir pada jam 06.45 petang.