Home Artikel PAS Sabah

PAS Silam Konsisten bantu mangsa kebakaran

363
SHARE

Oleh : Hishamudin Ahmadun
17 Oktober 2019

Lahad Datu : Sejak 10 Oktober lepas, PAS Silam konsisten turun memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Teck Guan, Batu 1.

Lawatan kali pertama yang lepas, PAS Silam mendapati terdapat beberapa keperluan lagi yang diperlukan oleh mangsa seperti telekung, pakaian sekolah dan ubat-ubatan untuk kegunaan harian.

Hari ini, 17 Oktober sekali lagi PAS Silam melawat mangsa kebakaran tersebut dan menyampaikan sumbangan kelengkapan yang masih kurang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Nizam Latuah, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam.

Beliau mengatakan bahawa PAS Silam akan sentiasa menjadi tulang belakang dalam menjayakan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di Kawasan Silam ini.

“Ini adalah kewajiban bagi PAS Silam untuk turut hadir dan sentiasa menyantuni masyarakat setempat yang ditimpa ujian.” Tambahnya lagi.

Keadaan mangsa dilihat semakin stabil dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. PAS Silam menyeru orang ramai agar terus memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sehingga keadaan mereka benar-benar stabil.