Home Berita PAS Sabah

PAS Silam Hulur Bantuan kepada Mangsa Kebakaran dan Melecur

839
SHARE

Oleh: Yusrizal Baco
29 Ogos 2020

TUNGKU : PAS Kawasan Silam hari ini, telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Mundas dan mangsa melecur di Kampung Dengan.

Menurut laporan sebanyak 3 buah keluarga telah menjadi mangsa kebakaran tersebut dan mangsa melecur itu adalah seorang kanak-kanak akibat tertumpah petrol keatas badannya.

Bantuan tersebut telah disampaikan kepada semua mangsa kebakaran dan melecur pada pukul 11.00 pagi tadi oleh Nizam Latuah, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkerjasama bagi membantu mangsa-mangsa ini.

Kesemua mangsa berasa amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini.