Home Berita PAS Selangor

PAS Serdang Santuni Golongan Memerlukan

665
SHARE

BANGI – Aktiviti Anda DiHati Kami (ADHK) diteruskan lagi hari ini dengan menziarahi 7 orang penerima terpilih dalam DUN Bangi.

Aktiviti kebajikan ini telah diadakan di Kampung Jambu dan Simpang Balak, Taman Muhibbah. Ia bermula seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Serdang ini telah menyentuh hati golongan memerlukan terutama seorang ibu tunggal yang lumpuh dan tinggal bersama anak lelaki kelainan upaya (OKU).

Beliau melahirkan rasa terharu atas sesi ziarah dan sumbangan yang disampaikan Tim Kebajikan PAS Serdang dari Pejabat ADUN Bangi.

Dalam pada masa yang sama, Tim Kebajikan Serdang mengharapkan lebih ramai NGO dan sukarelawan dapat mengadakan ziarah susulan untuk membantu membersihkan rumah ibu tunggal berkenaan

{jathumbnail off}