Home Artikel PAS Sabah

PAS Sepanggar Merangka Strategi Perpaduan Rakyat

507
SHARE


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sepanggar telah selesai mengadakan permukiman selama dua hari bagi membincangkan hala tuju politik dan dakwah lima tahun ke depan.

2. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan terkini politik khusunya berkaitan kerjasama UMNO dan PAS.

3. Selain itu PAS Sepanggar juga meletakkan iltizam untuk terus mencari rakan politik dan dakwah di samping kerjasama dengan semua pihak atas kerja-kerja kebajikan.

4. PAS Sepanggar melahirkan rasa optimis terhadap penerimaan rakyat mengenai agenda dan dasar politik yang dibawa. Imej Parti PAS yang bersih dan bebas dari penyalahgunaan kuasa khususnya dalam kalangan wakil rakyat dan negeri-negeri yang diperintah PAS adalah satu bukti besar bahawa PAS layak memimpin rakyat dan negara.

DR. ALIAKBAR GULASAN
Yang Dipertua
PAS Kawasan Sepanggar