Home Berita PAS Selangor

PAS Selayang tambah bekalan untuk sumbangan – YDP PAS Kawasan Selayang

19
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | PAS Selayang masih lagi meneruskan usaha mereka bagi membantu mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Selayang sepanjang PKP 3.0 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan berikutan kes Covid-19 yang terlalu tinggi.

Menurut YDP PAS Kawasan Selayang Tn Hj Zaidy Abdul Talib, Team kebajikan PAS Selayang telah menambah lagi stok barangan untuk sumbangan. Menurut beliau lagi, penuh satu kereta hilux dan van dan juga ribuan terima kasih kepada para penyumbang.

Beliau berkata, bagi yang sudah memohon sumbangan kepada Team Kebajikan PAS Selayang mohon kemaafan kerana sedikit lewat untuk edaran sumbangan disebabkan kekurangan petugas pada waktu ini.

“Kami betul-betul minta maaf kepada yang sangat memerlukan sekarang ini. InsyaAllah kami sampaikan sumbangan segera”, akhir kata beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor