Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang
Oleh : Umar Al-Hayawi
Selayang | PAS Selayang bantu habiskan stok kedai dan bantu mereka yang terjejas akibat Covid-19. Menurut YB Zaidy Abdul Talib selaku YDP PAS Kawasan Selayang menceritakan, ada seorang ahli daripada team PAS Selayang nampak ‘twit’ atau sebuat coretan media sosial ‘Twitter’.
Menurut beliau, daripada ‘twit’ tersebut menyatakan kakak ipar kepada seorang individu yang menulis coretan tersebut memiliki sebuah kedai runcit di Melaka, tetapi terpaksa ditutup disebabkan beberapa perkara dan tak mampu lagi membayar sewa kedai. Semua barang-barang runcit daripada Melaka terpaksa di bawa balik ke kediamannya di Selayang.
Kebetulan team kebajikan PAS Selayang juga nak topup bekalan barang makanan yang semakin berkurang untuk sumbangan. Terus mereka hubungi individu tersebut, Alhamdulillah barang-barang yang masih elok banyak lagi.
Team PAS Selayang beli banyak juga barang penuh satu kereta. Dapat bantu 2 pihak sekali secara tak langsung, dapat bantu akak tersebut untuk habiskan barang-barangnya dan dapat membantu saudara-saudara kita yang lain juga dalam kesukaran.
Keluar dari kawasan rumahnya team PAS Selayang terus bergerak pula ke sebuah kondominium di sekitar Selayang Height. Saudara ini telah hubungi team kami dalam keadaan yang sangat kesedihan. Kisah berhubungan sepasang suami isteri yang sebelum ini kerja di hotel besar sekitar Kuala Lumpur, tetapi keduanya sudah diberhentikan kerja. Berat juga ujian yang menimpanya.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor