PAS Selangor Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya
SHAH ALAM, 28 Julai – Pesuhjaya PAS Selangor, Y.B. Sallehen Mukhyi menegaskan PAS Selangor kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang dijangka tahun hadapan.
Penegasan tersebut dibuat beliau Isnin lalu selepas sidang Dewan Negeri Selangor.
Katanya, persiapan strategi dan jentera adalah elemen utama yang perlu diambil berat.
“Sebahagian kerja pilihanraya ialah kerja yang strategi. Jadi saya tidak cakap sangat dari sudut strategi, tetapi dari sudut perancangannya ialah kita nak memastikan supaya kita akan melihat kepada dun tumpuan ataupun dun fokus kita dan kita melihat dan saya melihat persidangan itu tidak sangat dari sudut luaran tetapi kita akan melihat dari sudut persediaan dalaman tentang jentera, tentang keupayaan termasuklah kita akan buat kajian demi kajian bagi memastikan dun fokus benar-benar akan memberikan satu infak besar dalam soal memastikan kemenangan kita di negeri Selangor.
“Jadi oleh sebab itu, saya fikir peringkat-peringkat dun perlu memastikan mereka dapat memenuhi kerja berdasarkan piawaian yang telahpun kita letakkan dan piawaian itu juga sebahagian daripada syarat kita untuk memastikan kemenangan kita di negeri Selangor ini,” tegas beliau.
Meneruskan ulasan, beliau berpendapat bahawa persediaan dalaman adalah jauh lebih penting bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Y.B. Sallehen sebelum itu telah menarik tumpuan ahli dewan selepas membahaskan topik 1MDB dalam sidang Dewan Negeri Selangor.
{jathumbnail off}