Home Berita PAS Wilayah

PAS SANTUNI KAUM CINA WANGSA MAJU

492
SHARE

Wan Syahirah Wan Jafri

WANGSA MAJU : PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan tradisi menyantuni dan meraikan masyarakat Tionghua sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ahli Dewan Negara merangkap Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama delegasi PAS Kawasan Wangsa Maju mengadakan edaran kad Tahun Baru Cina dan limau di sekitar Desa Setapak dan Teratai Mewah semalam.

Pendekatan begini ialah sebagai satu usaha menepis salah anggap yang tersebar dalam kalangan masyarakat tersebut terutama isu perkauman.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengharap tiada yang menjadi batu api menyemarakkan sentimen kaum. Sebaliknya kita kena bijak menilai maklumat yang betul atau salah.” ujar YB Senator.

Encik Lee, peniaga surat khabar di Desa Setapak mengucapkan terima kasih kerana YB Senator sudi turun mengedarkan kad ucapan dan limau kepada penduduk di sini.