Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah usaha beri kefahaman ibadah korban

86
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
6 Julai 2022

LAHAD DATU : PAS Sabah berusaha memberi kefahaman tentang ibadah korban dengan mengadakan Kuliah Fiqh Korban secara dalam talian, semalam.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sabah, Abdul Muein Mohd Noor, kuliah ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat secara jelas tentang ibadah korban sebelum mereka melakukan korban seterusnya menjadi seorang muslim yang berilmu dan berkemahiran.

“Ibadah korban adalah satu perkara yang penting kerana ia melibatkan ibadah yang dituntut dalam Islam,” tambahnya lagi dalam ucapan pembukaan sebelum kuliah.

Kuliah yang disampaikan oleh Ketua Urusan Ulama PAS Lahad Datu, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim itu dikendalikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah. Turut hadir wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong.

Menurut Nizam, seramai 134 peserta yang menyertai program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sabah itu.

“Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi kuliah yang dijalankan selama hampir 2 jam.

“Di samping itu, turut memberi peluang kepada peserta untuk sesi soal jawab dan berkongsi pengalaman secara dalam talian,” ujar Nizam semasa ditemuramah.