Oleh : Rosmah Rahman
30 November 2019
SANDAKAN : Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu mangsa ribut di Kampung Forest yang berlaku khamis lalu.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 10043010003627 atas nama PAS Kawasan Sandakan dan memaklumkannya kepada wakil mereka di talian 0128251895.
Rayuan itu dibuat oleh beliau ketika melawat mangsa semalam di kampung berkenaan dekat sini yang turut dihadiri Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain serta beberapa orang AJK PAS Sandakan.
“Saya juga menyeru wakil rakyat di kawasan ini untuk menyalurkan bantuan segera agar penduduk dapat membina kembali rumah yang rosak,” ujar Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.
“Lebih menyedihkan kerana sekarang musim tengkujuh, jadi mangsa akan ditimpa hujan kerana atap mereka sudah tidak ada dan belum dibaik pulih,” tambah Sahar.
Justeru ujarnya, bantuan daripada orang ramai khususnya pihak kerajaan amat ditagih bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini.
Dalam kejadian dua hari lalu kira-kira jam 4.30 petang itu, sebanyak 29 rumah rosak termasuk sebuah masjid dan dilaporkan tiada penduduk mengalami kecederaan.