Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah rayu sumbangan orang ramai bantu mangsa kebakaran Kampung Air.

1820
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.
17 Mac 2019

BATU SAPI : PAS Sabah hari ini merayu sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Air yang terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi.

Perkara tersebut disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika melawat mangsa kebakaran di lokasi kejadian dekat sini pagi tadi.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, 10043010020212 atas nama PAS Kawasan Batu Sapi dan memaklumkannnya kepada wakil mereka, Khairul Syam Nurdin di talian 01131446375 bagi setiap sumbangan yang diberi.

Selain itu, Sahar yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Sandakan turut melawat mangsa di Pusat Penempatan Sementara mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Air yang menghimpunkan 37 buah keluarga termasuk kanak-kanak lebih 100 orang.

Menurutnya, selain sumbangan kewangan antara keperluan lain yang mendesak bagi mangsa ialah pakaian wanita, selimut, tuala, pakaian sekolah, tudung, telekung, alat keperluan bayi dan lain-lain.

Tambahnya, pihaknya akan membantu orang ramai menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut kepada mangsa yang terlibat.

Ujarnya, PAS akan sentiasa memberi perhatian kepada mangsa berkenaan dengan memberikan bantuan dan menyampaikan sumbangan orang ramai secara berkala mengikut keupayaan mereka.