Home Artikel PAS Sabah

PAS Sabah lapor polis berkenaan komik propaganda

1078
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
22 Oktober 2019

KALABAKAN : PAS Sabah yang diwakili Ketua Penerangannya, Haji Ahmad Dullah telah membuat laporan polis berkenaan isu komik propaganda ‘Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’.

Laporan polis yang dibuat di IPD Tawau, semalam itu turut disertai oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kalabakan, Ustaz Roslan Ramli dan beberapa orang AJK PAS Kalabakan.

Menurut Haji Ahmad, laporan ini dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh pihak PDRM terhadap penulis dan penerbit komik tersebut yang bersifat menghasut serta bercanggah dengan undang-undang negara.

Katanya, komik yang diedarkan secara percuma di sekolah itu juga dilihat cuba mengaibkan pihak tertentu disamping menanam kebencian dalam kalangan pelajar sekolah.

Haji Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan menjelaskan bahawa ia merupakan cubaan untuk mengelirukan dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu yang merupakan hak orang Melayu.

“Komik tersebut turut mengambarkan orang Melayu bodoh dan pengecut dalam memerdekakan Tanah Melayu,” ulasnya.

“Ia turut mengambarkan ideologi Ko Min Tang, Bintang Tiga dan Komunis terlibat sama dalam memerdekakan Tanah Melayu yang jelas bercanggah dengan fakta sejarah,” tambahnya.

Disamping itu, ujarnya kandungan komik tersebut juga secara jelas merupakan percubaan memasukkan perjuangan ideologi politik DAP ke sekolah melalui buku tersebut.

“Buku yang berunsur propaganda seperti itu tidak sesuai diedar di sekolah kerana dikhuatiri ada cubaan meracuni pemikiran pelajar,” tambah Haji Ahmad.

Menurutnya, laporan polis yang sama turut akan dibuat oleh PAS Kawasan dari seluruh negeri Sabah bagi memastikan pihak berkuasa menjalankan siasatan selanjutnya.