Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah gesa kerajaan negeri dengar permintaan rakyat

523
SHARE

Oleh : Laila Ismail
29 Oktober 2019

SANDAKAN : PAS Sabah menyokong usaha yang dilakukan oleh Badan Bertindak Isu Elektrik Kampung Sundang dan Kampung Bongaya Baru yang mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah elektrik di kedua buah kampung tersebut.

Parti Islam itu juga menggesa agar kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal mendengar rungutan dan aduan daripada penduduk ini dengan menyelesaikan masalah berkenaan segera.

Ia disuarakan hari ini oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid di kediamannya dekat sini ketika diminta mengulas berkenaan tuntutan penduduk kampung berkenaan.

Beliau yang turut hadir bersama penduduk ketika membuat laporan polis berkenaan isu ini menjelaskan bahawa PAS menyokong tindakan itu bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang telah lama berlarutan.

“PAS akan sentiasa berada bersama membela hak rakyat dalam apa jua tindakan yang dibuat oleh penduduk bagi menegakkan hak yang sekian lama tidak diberikan,” ulasnya.

“Pihak kerajaan negeri sepatutnya telah lama menyelesaikan masalah ini sejak Kampung Bongaya Baru diwartakan bukannya membiarkan orang kampung tersepit dengan masalah ini,” tambahnya lagi.

Sahar turut melahirkan kebimbangan sekiranya wujud penyalahgunaan kuasa dan unsur rasuah oleh pihak tertentu jika perkara ini berlarutan dan menyebabkan rakyat semakin menanggung bebanan.

Justeru katanya, PAS juga mendesak agar pihak polis melakukan penyisatan yang telus dan menyeluruh seterusnya mengambil peka permasalahan terhadap derita rakyat.